Assalamualaikum,
Sebuah hadis mengingatkan agar jangan berbangga dengan solat, puasa dan zikir yang banyak kerana semua itu belum tentu membuatkan Allah redha. Lalu apa pula yang boleh membuatkan Allah redha? Hal ini disebut dalam hadis tentang dialog antara Nabi Musa as dengan Allah swt.
Antara ayat-ayat yang menunjukkan tujuan ibadah sembahyang ialah ayat 14 surah Toha yang ertinya dan dirikanlah sembahyang, untuk mengingatiku. Ini tujuan sembahyang yang untuk faedah diri sendiri. Satu lagi ialah ayat 45 surah al-Ankabut, yang ertinya Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari (perbuatan) keji dan mungkar. Mengikut hadis di atas itu tadi ayat ini juga adalah untuk faedah diri sendiri, jika dilihat dari sudut engkau terpelihara daripada keji dan mungkar.
Dari riwayat di atas ini dapatlah kita faham bahawa sembahyang yang untuk faedah diri sendiri adalah tidak mendapat keredhaan Allah, dengan kata lain tidak diterima-Nya. Justeru, dapatlah kita fahami yang diterima adalah yang memberi faedah kepada orang lain, seperti amalan-amalan sedekah, infaq, zakat dan perbuatan baik. Memang jelas amalan-amalan ini menyasar kepada orang lain, memberi faedah buat orang lain.
Ciri-ciri ibadah sembahyang tidak seperti sedekah, infak, zakat. Pada zahirnyai bentuk ibadah sembahyang adalah merupakan perkataan-perkataan dan perbuatan-peerrbuatan yang ditujukan buat Allah swt sahaja. Justeru, bagaimanakah caranya menjadikan ibadah sembahyang yang memberi faedah kepada orang lain, moga diredhai Allah swt, dan mendapat rahmat daripada-Nya.
Rahmat dan nikmat
DUDUK DI RUMAH, JANGAN KELUAR. COVID19.
Sebuah hadis mengingatkan agar jangan berbangga dengan solat, puasa dan zikir yang banyak kerana semua itu belum tentu membuatkan Allah redha. Lalu apa pula yang boleh membuatkan Allah redha? Hal ini disebut dalam hadis tentang dialog antara Nabi Musa as dengan Allah swt.
Salah tanggap terhadap ibadah sembahyang menyebabkannya
ditolak. Antaranya amalan sembahyang yang ditunaikan mengikut takrif. Sembahyangnya
sah tetapi tidak diterima Allah. Mengapa? Kita lihat sebuah hadis tentang
dialog antara Nabi Musa dengan Allah swt.
Nabi Musa as: Wahai Allah, aku telah melaksanakan ibadah,
lalu manakah ibadahku yang membuatkan Engkau redha?
Allah swt: Solat? Solat itu untuk dirimu sendiri kerana
dengan mengerjakan solat engkau terpelihara daripada keji dan mungkar. Zikir? Zikirmu itu hanya untuk dirimu
sendiri, membuatkan hatimu menjadi tenang. Puasa? Puasamu itu untuk dirimu sendiri, melatih dirimu untuk memerangi
hawa nafsumu sendiri.
Nabi Musa as: Lalu ibadahku yang manakah yang membuatkan
Engkau redha ya Allah?
Allah
swt: Sedekah,
infaq, zakat dan perbuatan baikmu. Itulah yang membuatkan Aku redha kerana
ketika engkau membahagiakan orang yang sedang susah Aku hadir di sampingnya.
Dan Aku akan menggantikannya dengan ganjaran 700 kali ganda. (al-Baqarah 261-262).
Apabila hadis di atas menyebut Solat
itu untuk dirimu sendiri
menggambarkan bahawa ibadah sembahyang kita ada tujuannya. Antara tujuannya
ialah seperti yang disebut oleh hadis di atas iaitu terpelihara
daripada keji dan mungkar. Namun Allah menyatakan secara tegas tujuan ini
adalah untuk faedah diri sendiri. Dengan
kata lain ialah ada yang tujuannya untuk faedah orang lain.Antara ayat-ayat yang menunjukkan tujuan ibadah sembahyang ialah ayat 14 surah Toha yang ertinya dan dirikanlah sembahyang, untuk mengingatiku. Ini tujuan sembahyang yang untuk faedah diri sendiri. Satu lagi ialah ayat 45 surah al-Ankabut, yang ertinya Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari (perbuatan) keji dan mungkar. Mengikut hadis di atas itu tadi ayat ini juga adalah untuk faedah diri sendiri, jika dilihat dari sudut engkau terpelihara daripada keji dan mungkar.
Dari riwayat di atas ini dapatlah kita faham bahawa sembahyang yang untuk faedah diri sendiri adalah tidak mendapat keredhaan Allah, dengan kata lain tidak diterima-Nya. Justeru, dapatlah kita fahami yang diterima adalah yang memberi faedah kepada orang lain, seperti amalan-amalan sedekah, infaq, zakat dan perbuatan baik. Memang jelas amalan-amalan ini menyasar kepada orang lain, memberi faedah buat orang lain.
Ciri-ciri ibadah sembahyang tidak seperti sedekah, infak, zakat. Pada zahirnyai bentuk ibadah sembahyang adalah merupakan perkataan-perkataan dan perbuatan-peerrbuatan yang ditujukan buat Allah swt sahaja. Justeru, bagaimanakah caranya menjadikan ibadah sembahyang yang memberi faedah kepada orang lain, moga diredhai Allah swt, dan mendapat rahmat daripada-Nya.
Rahmat dan nikmat
Seseorang yang mendapat belas kasihan akan merasai nikmat dari empati
orang itu; atau seseorang yang mendapat kurnia juga akan merasai nikmat dari kurniaan itu. Jadi
nikmat di sini lahir daripada faedah dan kebaikan yang dirasai dari
sifat belas kasihan dan kurniaan seseorang.
Ciri-ciri
ibadah solat, zikir dan puasa berbeza
sama sekali berbanding dengan sedekah, infaq, zakat dan perbuatan baik. Ibadah sedekah dan infak itu
misalnya memang jelas mempunyai ciri-ciri membahagiakan orang tetapi ibadah sembahyang tidak pula.
Bagaimanapun, sebagai ibadah yang menjadi
Rukun Islam, di mana rukun bererti asas
dan tonggak, manakala Islam ialah cara
hidup pasti ada caranya untuk dijadikan ibadah yang boleh membawa kepada kebahagiaan orang lain, atau mengasihi orang lain. Begitu juga dengan zikir dan puasa itu. Usaha harus dilakukan bagi
merealisasikan cita-cita ini.
Dengan
usaha-usaha ini mungkin boleh mencapai hasil yang lebih dari itu sehingga ke
tahap membina iklim kesejahteraan, kebahagiaan dan kepuasan.
Malangnya
pendekatan ini tidak digunakan oleh kebanyakan orang. Mungkin
kerana tidak mengetahuinya, tidak mempunyai
ilmu tentangnya.
Mungkin dia juga terlupa bahawa antara tugas
Khalifah itu sasarannya bukan manusia sahaja tetapi juga sekalian makhluk. Tentu ada jalan membuat
makhluk itu rasa bahagia dan rasa dikasihi.
Inilah sebab maka
sembahyangnya tidak diterima Allah untuk dijadikan sandaran memohon syafaat-Nya
untuk masuk syurga.DUDUK DI RUMAH, JANGAN KELUAR. COVID19.
No comments:
Post a Comment