Sembahyang yang didirikan untuk faedah diri sendiri tidak diredhai Allah swt. Kita lihat dialog antara Nabi Musa as dengan Allah swt.
Nabi Musa as: Wahai Allah, aku telah melaksanakan ibadah,
lalu manakah ibadahku yang membuatkan Engkau redha?
Allah swt: Solat? Solat itu untuk dirimu sendiri kerana
dengan mengerjakan solat engkau terpelihara daripada keji dan mungkar. Zikir? Zikirmu itu hanya untuk dirimu
sendiri, membuatkan hatimu menjadi tenang. Puasa? Puasamu itu untuk dirimu sendiri, melatih dirimu untuk memerangi
hawa nafsumu sendiri.
Nabi Musa as: Lalu ibadahku yang manakah yang membuatkan
Engkau redha ya Allah?
Allah
swt: Sedekah, infaq, zakat dan perbuatan baikmu. Itulah yang membuatkan
Aku redha kerana ketika engkau membahagiakan orang yang sedang susah Aku hadir
di sampingnya. Dan Aku akan menggantikannya dengan ganjaran 700 kali ganda (al-Baqarah
261-262).Dengan kata lain sembahyang diredhai Allah swt adalah yang membawa faedah buat orang lain.
No comments:
Post a Comment