Tidak dinafikan juga bahawa ramai antara
kita yang banyak melakukan ibadah seperti zikir, puasa, memberi sedekah dan
lain-lain, tidak terkecuali iaitu sembahyang. Apakah tujuannya, atau apakah
yang diharapkan daripada amalan-amalan itu, tidak pernah diketahui.
Bagaimanakah kedudukan ibadah-ibadah ini.
Sebuah hadis mengingatkan agar jangan
berbangga dengan solat, puasa dan zikir yang banyak kerana semua itu belum
tentu membuat-kan Allah redha. Lalu apa pula yang boleh membuatkan Allah redha?
Kita lihat sebuah hadis tentang dialog antara Nabi Musa as dengan Allah swt.
Allah swt meredhai
ibadah sembahyang yang memberi faedah
buat orang lain. Apakah caranya, apakah tindakan-tindakannya.
Kita lihat dialog antara
Nabu Musa as dengan Allah swt:
Nabi Musa as: Wahai Allah, aku telah melaksanakan ibadah,
lalu manakah ibadahku yang membuatkan Engkau redha?
Allah swt: Solat? Solat itu untuk dirimu sendiri kerana
dengan mengerjakan solat engkau terpelihara daripada keji dan mungkar. Zikir? Zikirmu itu hanya untuk dirimu
sendiri, membuatkan hatimu menjadi tenang. Puasa? Puasamu itu untuk dirimu sendiri, melatih dirimu untuk memerangi
hawa nafsumu sendiri.
Nabi Musa as: Lalu ibadahku yang manakah yang membuatkan
Engkau redha ya Allah?
Allah swt: Sedekah, infaq,
zakat dan perbuatan baikmu. Itulah
yang membuatkan Aku redha kerana ketika engkau membahagiakan orang yang sedang
susah Aku hadir di sampingnya. Dan Aku akan menggantikannya dengan ganjaran 700
kali ganda (al-Baqarah 261-262).
Riwayat ini menggambarkan sesuatu ibadah yang kita
lakukan untuk faedah diri sendiri
sahaja ditolak, Allah swt belum redha.
Hadis di atas mengambil sembahyang, zikir dan puasa
sebagai contoh ibadah yang ditolak. Ditolaknya dengan alasan untuk faedah diri sendiri. Pada masa yang sama
Allah swt memberikan empat contoh ibadah yang disukai-Nya iaitu sedekah, infaq, zakat dan perbuatan baik, kerana
ibadah-ibadah ini membawa faedah kepada
orang lain. Allah swt mengaitkan ibadah-ibadah ini dengan ayat 261-262 surah al-Baqarah.
Secara
tidak langsung hadis ini menggambarkan bahawa Allah sentiasa melihat tujuan amalan-amalan
kita, terutama sekali ibadah sembahyang.
Apabila
Allah swt menyatakan Solat itu untuk
dirimu sendiri menunjukkan Allah swt Maha
Mengetahi apakah tujuan ibadah
sembahyang yang kita tunaikan. Jika demikian tidaklah mustahil Allah swt
mengetahui ramainya orang yang mendirikan sembahyang tanpa tujuan. Apakah akan
terjadi dengan sembahyang sedemikian.
Salah
tanggap terhadap ibadah sembahyang ini berpunca daripada hilangnya kefahaman
asas tentang Islam. Akibatnya:
·
Ramai yang sembahyang tanpa tujuan,
·
Ramai yang sembahyang bertujuan untuk meraih
pahala,
·
Ramai yang sembahyang takutkan neraka,
·
Ramai yang sembahyang untuk masuk syurga,
·
Sedikit sahaja yang sembahyangnya menepati
aspirasi Islam.
No comments:
Post a Comment