Misi dan visi Islam mahu membentuk kerajaan Allah swt di bumi, yang coraknya menjamin kehidupan individu dan kelompoknya dalam susunan sosialnya yang iklimnya keamanan, kesejahteraan dan kepuasan.
Sasarannya
pula bukan sahaja manusia tetapi mencakupi persekitaran kehidupan manusia itu sendiri.
Alasannya ialah bahawa kesejahteraan manusia bergantung kepada persekitarannya.
Allah swt yang mengaturkan sedemikian.
Justeru, Allah
swt mengatur kehidupan di dunia ini berasaskan saling bergantung antara satu sama lain, manusia
adalah sebahagian daripadanya. Kebergantungan manusia bukan kepada manusia
sahaja tetapi kepada makhluk-makhluk lain dan sekitarannya juga. Dengan
demikian iklim keamaman, kesejahteraan, dan kepuasan itu tadi dapat dibina untuk
kedua-duanya. Kerana itulah Allah swt menjadi manusia itu sebagai makhluk sosial.
Atas dasar
inilah Islam membawa maksud yang pelbagai. Yang paling popular ialah Islam
sebagai agama, Islam sebagai Rukun Islam. Sebagai
Rukun Islam maksudnya harus bertepatan dengan maksud rukun ertinya
asas dan tonggak, manakala Islam maksudnya
cara hidup.
Antara lain lagi:
ü Islam dengan makna Tiga
Persoalan,
ü Islam dengan makna cara
hidup atau syariat,
ü Islam itu ideology,
ü Islam dengan makna
tunduk patuh,
ü Islam dengan makna
ajaran,
ü Islam dengan makna
anutan,
ü Islam itu ajaran,
ü Dan lain-lain lagi.
Apakah alasan mereka
itu. Apakah mereka tidak sedar maksud ayat 85 surah ali-Imran, ayat 56
az-Zariyat, dan beberapa ayat yang lain lagi.
Kerana itulah maka kita
harus melihat bahawa Ciri utama Gagasan Hidup Islam ialah bahawa Islam
tidak memisahkan kehidupan kerohanian
dengan kehidupan duniawi secara yang
sangat ketara, tidak juga membenarkan konflik, maupun membuat batasan pemisah
antara menulenkan kerohanian dan kehidupan moral manusia. Daerah kekuasaan
Islam meliputi kepelbagaian macam, rupa dan emosi kehidupan. Syumul.
Dalam Kamus
Dewan, kerohanian diberi erti perihal rohani, sifat-sifat rohani, atau
dalam bahasa Inggerisnya ialah spirituality.
Jadi, kerohanian ialah elemen hati (qalb), iaitu apa jua pemikiran atau
konsep yang tersimpan dalam hati.
Jadi, boleh
juga dikatakan bahawa kerohanian
adalah nilai bina-dalam yang menggerakkan jasmani.
Pergerakan
jasmani menunjukkan perangai, tingkah-laku, perilaku.
Ini bermaksud
bahawa kerohanian dan pergerakan jasmani adalah saling berkait,
iaitu pergerakan jasmani itu menunjukkan kerohaniannya, dan kerohaniannya itu
yang menggerakkan jasmaninya. Dengan kata lain ialah bahawa antara keduanya
adalah saling berkait, saling melengkapi, tidak konflik, dan tidak ada batasan
pemisah.
Justeru apa
jua yang kita cakapkan,
apa jua yang kita lakukan adalah cerminan kerohaniannya. Demikian juga lintasan
hati atau niat kita. Ini bererti kerohanian merupakan penentu moral individu dan sosial masyarakat.
Kita biasa
mendengar kenyataan bahawa kehidupan di dunia akan menentukan bentuk kehidupan
di Akhirat: kehidupan yang baik di dunia akan mendapat ganjaran syurga,
manakala kehidupan yang jahat akan diberi balasan neraka.
Atau
sebaliknya, ahli neraka itu menunjukkan bentuk kehidupan jahatnya, ahli syurga
itu pula menunjukkan bentuk kehidupan baiknya di dunia.
Akhirat itu adalah kerohanian, manakala kehidupan di dunia
adalah keduniaan atau duniawi.
Kedudukan ini juga menggambarkan saling hubungkait antara kehidupan kerohanian dengan kehidupan
duniawi.
Bolehkah kita
menafikannya?
Apabila gagasan itu
menyebut tidak memisahkan
kehidupan kerohanian dengan kehidupan
duniawi bererti setiap amalan yang kerohanian
itu harus dicari keduniaannya. Misalnya setiap ayat
al-Quran yang kita baca itu adalah kerohanian, maka harus dicari keduniaannya, sembahyang sama ada yang fardhu
atau sunat itu kerohanian
maka harus dicari keduniaannya, berzikir dan berwirid itu kerohanian
harus dicari keduniaannya. Keduniaannya ialah cara hidup di dunia, yang bererti cara
hidup kita harus yang berpandukan kepada ayat-ayat al-Quran yang kita baca, berpandukan ibadah
sembahyang yang kita dirikan, berpandukan
kalimah-kalimah zikir dan wirid yang kita lafazkan.
(Selanjutnya, klik)
No comments:
Post a Comment