20 January 2021

Assalamualaikum, semoga cerit, bahagia, sejahtera.

Hendak mencari rahmat Allah swt melalui kehidupan seharian, selalu-selalulah berkunjung lama web ini. 

Tulisan saya menumpukan analisis kepada isu-isu ibadah, yang tujuan utamanya ialah untuk dijadikan asas dan tonggak sikap dan keperibadian.

Sebuah hadis mengingatkan agar Jangan berbangga dengan solat, puasa dan zikir yang banyak kerana semua itu belum tentu membuatkan Allah redha. Hal ini disebut dalam hadis tentang dialog antara Nabi Musa as dengan Allah swt. 

Nabi Musa: Wahai Allah, aku telah melaksanakan ibadah, lalu manakah ibadahku yang membuatkan Engkau redha?

Allah swt:     Solat? Solat itu untuk dirimu sendiri kerana dengan mengerjakan solat engkau terpelihara daripada keji dan mungkar. Zikir? Zikirmu itu hanya untuk dirimu sendiri, membuatkan hatimu menjadi tenang. Puasa? Puasamu itu untuk dirimu sendiri, melatih dirimu untuk memerangi hawa nafsumu sendiri.

Nabi Musa:  Lalu ibadahku yang manakah yang membuatkan Engkau redha ya Allah?

Allah swt:     Sedekah, infaq, zakat dan perbuatan baikmu. Itulah yang membuatkan Aku redha kerana ketika engkau membahagiakan orang yang sedang susah Aku hadir di sampingnya. Dan Aku akan menggantikannya dengan ganjaran 700 kali ganda. (al-Baqarah 261-262).

 

 Apabila saya bentangkan hadis ini apakah ada yang hendak mengatakan para agamawan, penceramah-penceramah dan seumpamanya tidak pernah menyebutnya? Tidak dinafikan. Cuma persoalannya ialah mengapa keadaan itu terjadi.

Tidak dinafikan juga ramai penceramah tidak menjelaskan sewajarnya tentang ayat 45 surah al-Ankabut, ayat 56 az-Zariyat yang merupakan ayat yang sangat penting buat kehidupan kita. Soalnya mengapa?

Qiyas juga satu daripada sumber hukum syariat selain al-Quran, Hadis, dan Ijma'. Teteapi mengapa kewujudannya seperti tidak pernah disebut-sebut? Zaman Nabi saw sudah mengamalkannya, sudah mengajarkannya kepada para sahabat, selepas Nabi saw wafat amalan menggunakan Qiyas diteruskan, antaranya oleh as-Syatibi. Namun selepas zaman as-Syatibi qiyas seperti sudah ditinggalkan. Agak panjang untuk menjelaskan sebabnya.

Hadis di atas ini pun adalah sahih, mengapa seperti tidak pernah disebut. Allahu aalam. Bagi saya sebab utamanya ialah sebab kita jarang membaca. Allah swt memerintahkan kita membaca tetapi berapa buah buku yang kita baca dalam sebulan? Fenomena menunjukkan rakyat Malaysia memang malas membaca, tidak terkecuali ialah para agamawan, dan para penceramah. Kerana inilah mengapa hadis itu tidak pernah didengar.

Berapa banyak hadis yang kita ajar kepada anak-anak kita? Nah semua persoalan ini menyatakan rakyat Malaysia memang selalu ketinggalan dalam segala hal termasuk bidang ilmu. Kalau kita tidak mengajar anak-anak mereka akan mewarisi budaya kita sekarang ini. Hadi di atas itu pun dikata tidak pernah mendengar. 

Untuk membaca carilah buku yang boleh mengembangkan pengetahuan kita. Dalam bidang agama memang amat sukar untuk mencari buku yang menunjukkan cara hidup. Rukun itu asas dan tonggak, Islam ertinya cara hidup. Jadi Rukun Islam itu ialah asas dan tonggak cara hidup. Persoalan lagi, berapa ramaikah yang hidupnya berpegang kepada maksud itu tadi?

Untuk mencari rahmat Allah hidup kita biarlah berpandukan kepada fakta-fakta asas tentang Islam. Islam mempunyai ideologinya yang unik namun ramai yang tidak mengetahuinya. Jadi Islam yang bagaimana yang kita anuti? Mengikut budaya setempat.

Islam mengatakan Islam tidak memisahkan antara hal-hal kerohanian dengan hal keduniaan. Antara kedua-duanya bagai tiang dengan rumah, bagai aur dengan tebing, saling berpaut. Kenyataan ini menyatakan bahawa sembahyang itu kerohanian, maka cari keduniaannya, puasa itu kerohanian, maka carilah keduniaannya, begitu juga mengaji, zikir, tahlil, marhaban dan sebagainya.

Soal khalifah, berapa ramai yang hidupnya berpandukan kepada isu kekhalifahan? Kebanyakan kita tidak ambil peduli pun sebab? Ini juga adalah satu daripada fakta asas yang patut dijadikan panduan ketika menjalani kehidupan seharian.

Mesej yang jelas dari riwayat ini ialah mengenai tujuan sesuatu ibadah. Kelihatannya ibadah yang didirikan dengan tujuan untuk faedah diri sendiri belum membuat Allah swt reda.

Izinkan saya mengulangi peringatan, adakah kita semua sudah mengajar anak-anak dan menantu kita perkara ini. Saya ingatkan kerana ianya adalah kewajipan (wajib) buat ibu bapa.

Buat tuan/puan yang terlintas untuk mengajar mereka, tetapi tidak ada kesempatan, tidak ada peluang, dan berbagai lagi, belikan sahaja buku dan hadiahkan ketika menyambut hari jadi atau sebagainya. Ikhlas saya sebut ini demi kebaikan kita bersama. Lihatlah hal ini dari sudut positifnya. Jika negatif anda akan mengatakan saya menulis ini untuk menjual buku.

Saya ulangi lagi bahawa: Hampir tidak terdapat buku agama yang ditulis dalam bentuk analisis, seperti yang tersenarai di https://epustaka.company.site/ Kebanyakan buku dan kitab agama ditulis dalam bentuk nas dan hujah-hujah syar'ie, bermula dengan dalil-dalil naqli dan aqli. Buku ini mengupas isu ibadah bagi menghasilkan sikap dan keperibadian yang menjadi petunjuk jalan untuk mencapai status mendapat rahmat Allah.

Untuk tujuan ini saya akan turunkan harga bagi buku RUKUN ISLAM ADAS DAN TONGGAK WAY OF LIFE itu. Saya akan kemaskinikan harga itu hari ini. Jenguklah laman https://epustaka.company.site mulai besok. Harga asa rm30 saya dah turunkan kepada rm20, jadi saya akan turunkan lagi ke rm15, pos percuma.

Buku (eBook) yang sedang saya siapkan berjudul ASAS-ASAS KEFAHAMAN IDEOLOGI ISLAM. Buku ini saya muatkan tentang fakta-fakta asas untuk menjadi muslim yang lebih tepat. Saya ajak pembaca keluar dari simpang jalan yang kurang jelas kepada jalan yang lebih meyakinkan. Antaranya ialah menjelaskan mengapa Allah swt menekankan soal faedah buat orang lain.

Mari kita mulakan hari-hari seterusnya untuk membaiki kedudukan kita sebagai Muslim. Saya bukakan ruang untuk respon atau membuat komen, seperti di bawah ini. Kita boleh berbincang, setidak-tidaknya saya boleh belajar sama. 

Wallahu aalam.

No comments: