Khalifah adalah gelaran bagi ketua agama atau raja bagi sesebuah negara (Islam). Misalnya Sayidina Abu Bakar adalah orang pertama menjadi khalifah selepas kewafatan baginda Nabi saw.
Secara
umum, khalifah bermaksud pengganti
kepada Nabi saw. Yang bermaksud bahawa khalifah
dalam kontaks ini adalah jawatan
pemerintah.
Namun terdapat juga ayat-ayat al-Quran yang menggambarkan
bahawa khalifah itu ialah manusia awam, seperti yang disebut oleh ayat 129
al-Araf. Ayat ini adalah tentang aduan kaum Nabi Musa yang dianiaya oleh Firaun
sebelum kedatangan baginda dan malah sesudahnya. Menjawab aduan itu Nabi Musa menyebut,
Mudah-mudahan Tuhan kamu akan
membinasakan musuh kamu dan menjadikan kamu khalifah di bumi.
Jawapan ini menunjukkan
seseorang khalifah itu adalah dari
golongan manusia awam. Demikian juga yang disebut oleh ayat 14 surah Yunus yang
menyebut ertinya Kemudian Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) khalifah-khalifah
di bumi menggantikan mereka yang
telah dibinasakan itu.
Ayat 30 al-Baqarah menyebut
ertinya, Sesungguhnya Aku hendak
menjadikan seorang khalifah di bumi. Namun malaikat mempersoalkan, Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak
menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan (berbunuh-bunuhan).
Menumpahkan darah menggambarkan orang itu ialah manusia awam.
Mungkin akan ada orang menimbulkan persoalan misalnya adakah semua manusia? Atau adakah syarat-syarat tertentu untuk dijadikan khalifah?
No comments:
Post a Comment