15 June 2021

Sebaik-baik Manusia

 Sebaik-baik manusia adalah mereka yang mencapai gelaran khalifah. Ini bermaksud cara hidup kita adalah berdasarkan kepada tujuan penciptaan manusia, iaitu seperti yang digambarkan oleh ayat 30 al-Baqarah, ayat 165 al-Anam dan ayat 69 al-Araf. Ketiga-tiga ayat ini menggariskan cara hidup yang ideal, cara hidup yang berkonsepkan khalifah.

Dua aspek yang ditekankan bagi membentuk cara hidup yang ideal ialah:

ü menggunakan kelebihan yang ada pada diri untuk faedah orang lain.

ü Menyayangi alam sekitar.

 Sebuah hadis menyebut, Sebaik-baik manusia adalah yang memberikan manfaat kepada orang lain, dan sejahat-jahat manusia adalah yang mendatangkan kerugian bagi orang lain. Hal ini tercatat dalam Kitab Mukasyafah al-Qulub ms 180.

Hadis ini berpadanan dengan maksud ayat 69 al-Araf yang baru sahaja kita bincangkan, yang menyeru manusia agar berkongsi kelebihan (dan kekuatan) tubuh badan.

Manifestasi dari tiga ayat tersebut itu tadi ialah maksud ayat 110 ali-Imran juga menyebut Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji).

Frasa kata menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) itu biasa diungkapkan dengan amar makruf nahi mungkar. Jadi tentu kalian setujua bahawa menyuruh berbuat segala perkara yang baik itu akan membawa natijah kebaikan buat sekalian manusia, dengan kata lain memberikan manfaat kepada orang lain.

No comments: