18 July 2021

Mencari Rahmat Allah

 Kita biasa mendengar kenyataan, masyuk syurga dengan rahmat Allah bukan dengan ibadah-ibadah kita. 

Apakah dia rahmat.

Kamus Dewan memberi makna rahmat sebagai belas kasihan, kurnia, berkat. Jadi untuk masuk syurga hidup kita biarlah yang mendpat rahmat Allah swt iaitu mempunyai sikap belas kasihan, kurnia dan berkat.

Apabila disebut hidup ertinya ialah cara hidup, iaitu cara hidup berkeluarga, bersosial, bermasyarakat, berniaga, bersukan, melancong dan sebagainya. Ini bererti kita mempunyai rasa belas kasihan, memberkati, mengurniai.

Beribadah bukan cara hidup. Beribadah atau ibadah berasal dari perkataan 'abd () ertinya tunduk patuh iaitu tuduk patuh kepada Tuhan. Jadi kita sembahyang, berzakat, berpuasa, haji itu tujuannya mendidik kita menjadi orang yang tunduk patuh kepada perintah dan menjauhi larangan ketika menjalani kehidupan. Dia bukanlah amalan yang memasukkan ke syurta.

Cara hidup kita mengikut hukum-hakam yang tersebut dalam al-Quran. Apa yang boleh dan yang tidak boleh kita lakukan, cakapkan mesti mengikut garis-garis panduan yang terkandung dalam al-Quran. Jadi orang yang mempunyai sikap belas kasih, mengurnia dan memberkati itu adalah orang akan mendapat rahmat Allah swt, dan ganjarannya ialah masuk syurga tanpa hisab. Orang lain masyu syurga juga tetapi setelah selesai menjalani sesi pembalasan di neraka.

Apabila Allah set memerintahkan kita agar mempunyai rasa belas kasihan  kita harus tunduk patuh dan berusaha melakukannya. 

Jadi hendak dinyatakan di sini bahawa Islam adalah agama cara hidup, bukan agama kerohanian. Sembahyang, zakat, puasa dan haji itu adalah kerohanian.

Ironinya ramai orang yang bertanggapan bahawa masuk syurga dengna ibadah-ibadah. Oleh kerana inilah kita melihat ramai yang cara hidupnya tidak berpandukan sembahyangnya, puasanya, hajinya. Inilah tanggapan yang salah. 

No comments: