Ayat 30 al-Baqarah menyebut tujuan penciptaan manusia untuk dijadikan khalifah: Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu? Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya.
Perkataan khalifah biasanya lebih dikenali sebagai
gelaran bagi ketua agama
atau raja bagi sesebuah negara Islam.
Misalnya Sayidina Abu Bakar adalah
orang pertama menjadi khalifah
selepas kewafatan baginda Nabi saw. Namun terdapat ayat-ayat lain yang
membayangkan bahawa khaliafah yang
disebut oleh ayat 30 al-Baqarah itu bukan bermaksud ketua agama atau raja.
Misalnya ayat 129 al-Araf itu menyebut, dan menjadikan kamu khalifah di bumi, kemudian Dia akan memerhati
bagaimana pula perbuatan kamu? Perkataan kamu dalam ayat ini ditujukan kepada
umat Nabi Musa, yang menggambarkan ia adalah golongan
manusia awam.
Demikian juga yang disebut oleh ayat 14 surah Yunus yang menyebut Kemudian Kami jadikan kamu
(wahai umat Muhammad) khalifah-khalifah di bumi menggantikan mereka yang telah dibinasakan itu. Umat Muhammad itu ialah kita semua iaitu
manusia awam.
Dalam ayat 30 al-Baqarah itupun menggambarkan bahawa khalifah yang dimaksudkan itu ialah manusia awam. Gambaran yang dimaksudkan
itu ialah apabila malaikat mempersoalkan, Adakah
Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan
(berbunuh-bunuhan). Klausa orang yang akan membuat bencana itu menggambarkan orang itu ialah manusia awam, bukan ketua
agama atau raja itu.
Hal ini disebut juga oleh ayat 74 al-Araf, yang
menyebut Allah menjadikan kamu khalifah-khalifah sesudah kaum Aad, dan di
tempatkannya kamu di bumi, (dengan diberi kemudahan) untuk kamu mendirikan
istana-istana di tanahnya yang rata, dan kamu memahat gunung-ganangnya untuk
dijadikan rumah.
Kita
lihat, rumah dan istana adalah tempat tinggal manusia. Jadi
klausa seorang khalifah di bumi itu
maksudnya ialah manusia
awam,
iaitu kita semua. Jadi, maksud ayat 30 al-Baqarah yang menyebut hendak menjadikan seorang khalifah di bumi itu ialah manusia awam.
Hal ini diperkuatkan lagi oleh faktor malaikat mempersoalkan orang yang akan membuat bencana dan
menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan).
Dengan demikian maka khalifah
membawa dua maksud, iaitu khalifah
sebagai gelaran ketua agama atau raja, dan khalifah sebagai gelaran buat manusia
awam.
Watak dan Keperibadian seseorang manusia awam yang berjaya mencapai maksud ayat 69 al-Araf dan ayat 165 al-Anam adalah mencapai gelaran khalifah.
Ayat 165 menghendaki kita hidup yang memberi faedah buat orang lain. Caranya ialah menggunakan kelebihan (dan kekuatan) pada kejadian tubuh badan seperti yang disebut oleh ayat 69 al-Araf. Dengan kelebihan dan kekuatan pada tubuh badan itu Allah menyeru kita menggunakannya untuk faedah buat orang yang kekurangan, menerusi ayat 165 al-Araf iaitu mengenang. Ini bermakna selagi kita ada kaki dan tangan bererti kita mempunyai kelebihan, ini termasuklah pancaindera, kedersana otak, kesihatan anatomi, dan lain-lain. Kesemua ini Allah swt menyatakan sebagai nikmat-nikmat pemberian Allah.
Sesetengah orang pula diberi kelebihan harta, bukan harta kekayaan sahaja. Misalnya kita mempunyai galah sedangkan jiran sebelah tidak. Ini boleh dilihat sebagai kita mempunyai kelebihan, justerru harus dikongsi untuk faedah jiran itu.
Seseorang OKU mungkin cerdas otaknya. Maka harus menggunakan kelebihan ini, dikongsi untuk membantu murid-murid sekolah yang lemah.
Dengan kelebihan dan kekurangan ini membuat manusia harus hidup saling bantu membantu, dalam bentuk sebagai makhluk sosial. Inilah konsep hidup Islam, dan inilah tujuan penciptaan manusia.
No comments:
Post a Comment