Rahmat Allah diberi kepada gaya hidup kita di bumi.
Hal ini disebut oleh ayat 138 al-Baqarah, (Katakanlah wahai orang-orang yang
beriman: "Agama Islam, yang kami telah sebati dengannya ialah): celupan
Allah yang mencorakkan
seluruh kehidupan
kami dengan corak Islam). Dengan ayat ini ertinya
seorang yang mengaku dirinya Islam maka corak
kehidupannya haruslah mengikut yang digariskan oleh Islam. Corak
kehidupan itulah yang disebut gaya hidup.
Gaya
hidup yang dirahmati Allah adalah yang
menepati idea tujuan penciptaan manusia,
bukan sembahyangnya, zikirnya, derma masjidnya, dan lain-lain.
Tujuan penciptaan manusia bermaksud
apakah tujuan Allah mencipta manusia dan
meletakkannya di bumi ini. Hal ini disebut oleh ayat 30 al-Baqarah menyebut, sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Ayat ini menggambarkan
tujuan Allah mencipta manusia ialah untuk dijadikan sebagai khalifah.
Dengan kata lain gaya hidup yang diaturkan oleh Allah
ialah gaya hidup sebagai seorang khalifah.
Siapakah khalifah itu?
Kajian saya
menemukan 8 ayat yang menyebut khalifah. Inilah ayat yang saya jadikan asas
dalam perbicaraan tentang khalifah, termasuk gaya
hidup. Gaya hidup kadangkala disebut sebagai keperibadian.
Keperibadian
khalifah tergambar oleh ayat-ayat
yang menyebut khalifah,
iaitu ayat 165 al-Anam, ayat 69 al-Araf, ayat 74 al-Araf; dan ayat-ayat lain
yang membawa maksud khalifah.
Ayat 69 al-Araf
menyebut, Dan kenanglah ketika Allah menjadikan
kamu khalifah-khalifah
sesudah kaum Nabi Nuh, dan Allah telah menambahkan kamu kelebihan (dan
kekuatan) pada bentuk kejadian tubuh kamu. Ayat ini menyebut tentang kelebihan (dan kekuatanan) pada bentuk kejadian tubuh,
ertinya Allah menjadikan kita dalam keadaan semulajadinya mempunyai kelebihan (dan
kekuatan).
Sedia maklum diri kita dijadikan dari dua unsur
iaitu jasmani dan rohani.
Mata, tangan dan kaki serta segala organ dalam
badan itu adalah jasmani, semenetara naluri, emosi, kecerdasan akal dan
lain-lain itu ialah rohani.
Kelebihan lawannya
kekurangan. Justeru untuk menjadi seorang khalifah antara syaratnya ialah menggunakan kelebihan yang dua itu untuk membantu orang yang
kekurangan.
Siapakah
yang mempunyai kelebihan dan siapakah pula yang kekurangan?
Ayat 165 menyebut, dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, bermaksud setiap diri manusia adalah dijadikan dengan kelebihan-kelebihan tersendiri. Namun harus difahami iaitu dengan kata lain bahawa dalam diri seseorang mempunyai kekurangan. Misalnya, Si A mempunyai kelebihan dari aspek jasmani – badan yang besar, tegap, tetapi kekurangan dari aspek akalnya. Allah yang mengaturnya sedemikian. Jadi untuk menjadi khalifah, Si A harus membantu orang yang berbadan kecil dan lemah, manakala buat Si A itu pula memerlukan bantuan Si B yang mempunyai kelebihan kecerdasan akal. Keadaan inilah yang Allah jadikan asas bagi membentuk kehidupan yang saling membantu satu sama lain. Jadi untuk menjadi seorang khalifah, antara caranya ialah dengan menggunakan kelebihan (dan kekuatan) itu tadi untuk membantu orang yang kekurangan. Dengan kata lain antara keperibadian seseorang khalifah itu ialah menjadikan diri kita yang memberii faedah buat orang lain. Jadi inilah gaya hidup hidup yang akan diberi rahmat.
Jadi sempena bulan Ramadan ini apabila diseru untuk mempertingkatkan amal ibadah kita, antara caranya ialah dengan menjadikan diri sebagai khalifah, menjalani diri kita yang memberi faedah buat orang lain.
Sila turunkan komen.
No comments:
Post a Comment