Dr. Yusuf al-Qaradawi memberikan makna wasatiyah sebagai kesederhanaan, al-Tawazun (seimbang) dan i’tidal (pertengahan). Beliau menyimpulkan ketiga-tiga istilah ini dengan maksud pertengahan iaitu, ‘berada antara dua pihak atau keadaan yang bercanggah atau bertentangan, tidak condong kepada salah satunya’. (Kesederhanaan Dalam Islam, 2)
Wasatiyah dikaitkan dengan ayat 35 al-Isra’ yang ertinya, Dan sempurnakanlah sukatan apabila kamu menyukat dan timbanglah dengan
neraca yang benar. Itulah yang lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibat-nya.
Jelas.
Justeru
keimanan yang wasatiyah menghendaki
kita berpegang kepada keadilan atau prrtengahan, tidak condong kepada kepercayaan, tidak condong kepada amalan. Dari sudut kebendaan pula tidak condong kepada kebendaan macam yahudi dan tidak condong
kepada kepaderian macam nasara.
Dari aspek dunia dan akhirat juga demikian: amalan keduniaan
dan amalan keakhiratan mestilah
wasatiyah.
No comments:
Post a Comment